TERKINI : "Chempaka Istimewa di Hati Saya" - Nik Omar
  • 5 years ago
PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu, Nik Omar Nik Abdul Aziz memberitahu Chempaka dekat di hatinya kerana memiliki beberapa keistimewaan tersendiri.

Beliau yang juga bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, selain namanya yang comel, ia kerana tempat peninggalan allahyarham bapanya yang juga bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah menurutnya, YADIM mempunyai sejarah kerana Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan pernah menjadi pemegang amanah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended