TERKINI : Saya Amat Berpuas Hati Dengan Pencapaian Maszlee, Waytha - Tun Mahathir
  • 5 years ago
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yakin dengan kebolehan serta pencapaian oleh dua orang Menteri yang seringkali di kritik hebat oleh pelbagai pihak termasuk kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sendiri.

Dua Menteri itu, Dr Maszlee Malik yang menerajui Kementerian Pendidikan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Wayta Moorthy diyakini Tun Mahathir sedang ‘bertungkus lumus’ sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Katanya, tidak ada keperluan untuk ‘sekolahkan’ kedua-dua pemimpin ini sebaliknya beliau hanya akan sekadar ‘bercakap’ sahaja dengan mereka kelak.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended