TERKINI : TERUS TERANG! Saya Tak Puas Hati Solidariti UMNO! - Najib
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak masih belum berpuas hati dengan solidariti dalam parti itu.

Justeru itu katanya wujud tindakan pemimpin parti yang sanggup keluar daripada parti itu kemudian menyertai parti seteru.

Semangat kesepaduan dan kesetiaan ahli parti penting bagi memastikan tidak ada UMNO kedua, kata beliau lagi.

“Saya tak puas hati dengan solidariti dalam UMNO. Walaupun nampak baik tapi usaha untuk meningkatkan lagi semangat perpaduan dalam UMNO mesti kita lakukan supaya hanya akan ada satu UMNO sahaja,” katanya pada sesi Townhall Politik Malaysia Baharu di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended