Anwar Ibrahim MELENTING! | Edisi MG 23 November 2018

  • 5 years ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘melenting’ kepada wartawan yang mengajukan soalan kepadanya berhubung kemelut yang menyelubungi PKR Sarawak membabitkan perebutan jawatan pengerusi parti di negeri itu.


Riak wajah Presiden PKR itu kelihatan marah dengan nada yang agak tinggi apabila beliau menegaskan kepada wartawan berkenaan supaya tidak menyibuk hal parti itu di Sarawak.


Beliau mengulas laporan media yang mendakwa PKR Sarawak kini berhadapan kemelut baru selepas selesai pemilihan dimana ia membabitkan kemelut siapa Pengerusi PKR Sarawak yang baharu sama ada Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian atau pun Ahli Parlimen Julau, Larry Sng.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended