ICERD Buat Waytha Moorthy Digasak Sampai Terduduk | Edisi MG 19 Nov 2018
  • 5 years ago
Dalam pada itu, P. Waytha Moorthy akhirnya ‘akur’ dan terduduk apabila berterusan diserang oleh wakil-wakil rakyat pembangkang khasnya UMNO dan Pas hari ini apabila cuba menjawab setiap persoalan yang cuba dilontarkan khasnya isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).


Isu video Waytha di Belanda pada enam tahun lepas yang kini tular di media sosial juga menimbulkan kemarahan umum tetapi beliau berterusan mempertahankan tindakan itu tanpa perasaan bersalah kerana mendakwa mempunyai bukti kaum India ditindas oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.



Walaupun beliau di asak dan dihamburkan gelaran 'Menteri Rasis', Menteri Penipu' dan turut di suruh pulang ke India, tidak ada seorang pun wakil daripada Pakatan Harapan yang bangkit ‘mempertahankan’ Waytha dan membiarkan beliau terkapai-kapai diserang pembangkang.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended