Rusuhan Kuil : Waytha Moorthy Salahkan Polis | Edisi MG 26 November 2018
  • 5 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan sambil lewa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tidak begitu fokus dalam insiden rusuhan kuil Sri Maha Mariamman Seafield USJ 25 awal pagi tadi sangat mengecewakan.

P. Waytha Moorthy mendakwa hanya sebuah kereta peronda polis dihantar pada jam 4.30 pagi dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) pula tiba jam 6 pagi yang akhirnya menyebabkan keadaan sudah tidak terkawal.

Waytha juga mengkritik Kenyataan daripada polis Subang Jaya yang mengatakan ‘pergaduhan antara dua kumpulan bangsa India telah berlaku di dalam kawasan kuil Sri Maha Mariamman berpunca daripada perselisihan faham antara dua kumpulan tentang isu perpindahan kuil’ tersebut.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended