"Buat Adinda Nurul Izzah" - Mujahid | EDISI MG 26 DISEMBER 2018
  • 5 years ago
Berbaki enam hari lagi sebelum ditutup, jumlah Tabung Harapan Malaysia hari ini mencecah RM200 juta seperti disebut Kementerian Kewangan menerusi akaun Facebook rasmi sebentar tadi.


Tabung Harapan Malaysia yang dilancarkan pada 30 Mei lalu kini diparas RM200,032,580.24 dan ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mengutip dana daripada individu atau organisasi bagi melunaskan hutang negara.




Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyindir kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini membantah pelaksanaan bantuan tunai kepada rakyat dengan menganggap penerima BR1M adalah pemakan dedak.


Menurut satu entri twitter Datuk Seri Najib hari ini, beliau menyelar Bantuan Sara Hidup oleh kerajaan Pakatan Harapan seperti dedak basah dan mengkritik tindakan kerajaan yang mengguna pakai database Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk mengagihkan Bantuan Sara Hidup tersebut.


Sebelumnya, selain membantah pelaksanaan BR1M, Pakatan Harapan yang merupakan pembangkang ketika itu juga berhasrat untuk menghapuskannya bagaimanapun bertindak meneruskan pemberian tunai berkenaan apabila menang pilihanraya umum lalu.




Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib juga mengeluarkan komen sinis terhadap surat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa kepada Nurul Izzah Anwar iaitu "Warkah Dari Cordova untuk Nurul Izzah".


Menurut entri twitter Datuk Seri Najib, beliau menasihati Datuk Seri Dr. Mujahid membaca doa dan memohon kepada Allah untuk mudah tidur dan tenang kerana menurut warkah tersebut, Datuk Seri Dr. Mujahid tidak dapat tidur kerana bimbangkan keadaan adinda Nurul Izzah.



Warkah 25 perenggan yang dimuatnaik di laman facebook beliau menunjukkan Datuk Seri Dr. Mujahid menggunakan kata panggilan Adinda kepada Nurul Izzah terus mendapat 11,000 komen dan lebih 6000 perkongsian tidak sampai 24 jam.





Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan tindakan pemandu bas ekspress yang tidak mahu membayar penuh nasi lemak, yang dibeli menjadi punca pertengkaran dengan pelayan gerai sebelum adegan pergaduhan timbul di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang arah timur kelmarin.


Video berdurasi 1 minit 49 saat menyaksikan pemandu bas tersebut ditendang dan dipukul sekumpulan lima lelaki kira-kira 1.30 pagi itu tular di media sosial sebelum pihak polis menahan pemandu bas ekspres itu yang tampil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.


Enam lagi suspek lelaki juga ditahan di sekitar Kuantan dan Maran malam tadi dan direman selama 4 hari untuk membantu siasatan.



MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended