TERKINI : Muhyiddin Angkat Sumpah Selepas Cuti Sakit
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat sekembalinya dari cuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan baru-baru ini.

Muhyiddin mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah setia di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof kira-kira jam 10 .05 pagi tadi.

Muhyiddin sepatutnya mengangkat sumpah bersama 220 Ahli Dewan Rakyat lain dalam Me­syuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidangannya pada 16 Julai lalu.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended