TERKINI : "Selepas Menang Saya Kembali ke Asal Usul" - Ramli Mohd Nor
  • 5 years ago
Sebaik sahaja menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands semalam, perkara pertama yang dilakukan calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Nor ialah menyantuni pengundi di Tanah Rata dan lebih penting beliau kembali ke kampung halamannya di Pos Mensun.

Bagai sirih pulang ke gagah, begitulah sikap yang ditunjukkan Ramli sebagai mengenang jasa dan berterima kasih kepada masyarakat Orang Asli kerana menjadi pengundi tegar untuk memenangkannya di kerusi P078.

“Saya berasal dari sini, inilah asas saya dalam kalangan masyarakat Orang Asli, saya kena datang (Pos Mensun), daripada data (pengundian) yang banyak menyokong saya adalah Orang Asli.

“Bukan saya menidakkan yang lain-lain, saya rasa baik asal saya dulu, lepas itu baru saya akan ke tempat lain-lain, Insya-Allah.

“Saya kembali ke asal usul saya dahulu kerana mereka juga penyokong kuat, jadi saya kena lah pergi tengok,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas menyantuni masyarakat Orang Asli di Pos Mensun.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended