TERKINI : Orang Asli Pertama Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat - Ramli Mohd. Nor
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta pagi ini apabila Ramli Mohd. Nor mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Beliau merupakan orang asli pertama di negara ini yang menjadi wakil rakyat.

Ramli yang segak berbaju Melayu berwarna hitam itu langsung tidak kelihatan gementar, sebaliknya menonjolkan watak cukup yakin, maka tidak hairan kerana hampir 30 tahun berbakti kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang diPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof pada jam 10 pagi.

Mohamad Ariff yang mengalu-alukan kehadiran Ramli turut memberi nasihat tentang tangggungjawab sebagai Ahli Parlimen, khususnya dalam kalangan Orang Asli.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended