BN 'Sembunyikan' Kos RM110 Bilion Projek HSR - Azmin Ali
  • 5 years ago
Ketika diasak mengapa kos daripada projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura melonjak daripada RM74 billion kepada RM110 bilion, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa kerajaan banyak ‘menyembunyikan’ kos tersembunyi.

Jelas Azmin yang juga merupakan Ahli Parlimen Gombak, kerajaan diterajui oleh Barisan Nasional (BN) gagal menjelaskan kesemua kos tersembunyi projek berkenaan dengan kos sebenar gagal didedahkan.

"Banyak kos tersembunyi yang tidak didedahkan oleh kerajaan sebelum ini, maka kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bertanggungjawab untuk mendedahkan seluruh kos pembinaan projek berkenaan.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended