MCA Dakwa Kerajaan Ambil Duit Rakyat 1.2 Bilion | EDISI MG 27 DISEMBER 2018
  • 5 years ago
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Lau Chin Kok mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan meraih keuntungan sebanyak RM1.2 bilion antara 8 November hingga 24 Disember dan telah mengambil ‘duit rakyat’ sebanyak RM1.2 bilion hasil daripada kejatuhan harga minyak sejak dua bulan lalu.

Tegas Lau Chin Kok, walaupun Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mengumumkan untuk mengembalikan sistem apungan minguan bagi mengenal pasti harga RON95 mulai 1 Januari, beliau menggesa Lim Guan Eng perlu untuk menjelaskan adakah kerajaan telah meraih keuntungan sebanyak angka yang disebut itu.

Kenyataan Lau Chin Kok itu dibuat selepas mendedahkan kaedah pengiraan margin keuntungan bersandarkan harga minyak mentah antarabangsa.

Sesi dialog di antara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan penuntut Malaysia di London hangat apabila seorang lelaki yang dikenali sebagai Ben Singh oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin menggelar Presiden Pas itu sebagai rasis selain mengeluarkan kata-kata kesat lain.

Beliau juga menyifatkan pemikiran Abdul Hadi masih di bawah tempurung apabila Presiden Pas itu merujuk kepada insiden 13 Mei 1969 yang tercetus akibat ketegangan kaum ketika menyokong hujahnya bahawa Pas menentang pilihan raya kerajaan tempatan.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended