TERKINI : RM 19.9 Bilion Aset Tabung Haji Diserah Kepada MOF
  • 5 years ago
Lembaga Tabung Haji (TH) akan memindahkan aset-aset yang tidak menguntungkan bernilai RM19.9 bilion kepada sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan menjelang 31 Disember ini bagi memantapkan kewangan entiti itu dengan segera.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, aset-aset tersebut merangkumi hartanah yang memberikan hasil kurang daripada dua peratus seperti sekeping tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dan ekuiti-ekui ti yang megalami rosot nilai melebihi 20 peratus.

Jelasnya, selepas pemindahan aset-aset berkenaan, TH bakal memiliki kunci kira-kira yang seimbang di antara aset dan liability.

Sebagai tukaran kepada aset, SPV akan menerbitkan sukuk RM10 bilion dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) yang akan dilanggan sepenuhnya oleh TH.

Sukuk bertempoh tujuh tahun dengan kupon kosong akan diterbitkan pada hasil diskaun lima peratus setahun manakala RCPS-i tidak mempunyai tempoh matang dan dividen.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended