'Jika Johor negara asing, saya tak masuk campur'
  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tidak timbul isu beliau mencampuri urusan dalaman pentadbiran Johor kerana negeri itu adalah sebahagian dari Malaysia.

Katanya, jika Johor adalah negeri atau negara asing, beliau akan mengambil pendekatan untuk tidak mencampuri segala urusan dalaman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang, hari ini.
Recommended