Dewan riuh MP BN cadang terbit filem 'gelagat MP di Parlimen'
  • 5 years ago
Dewan rakyat sedikit riuh apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kuala Krau. Datuk Seri Ismail Mohamed Said mencadangkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menerbitkan filem berkenaan gelagat-gelagat ahli parlimen dalam Parlimen.

Cadangan itu diutarakan kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith semasa celahan ucapan Eddin.