RTM adalah satu institusi, kata Gobind Deo

  • 5 years ago
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata beliau akan memastikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) kekal dan relevan bagi membolehkan ia melangkah ke hadapan dan sentiasa menjadi saluran televisyen dan radio pilihan pertama rakyat Malaysia.

Katanya beliau akan tetap membantu RTM ketika wujudnya teknologi baharu dan persaingan hebat.

Beliau berkata sebagai stesen penyiaran negara, RTM merupakan sebuah institusi yang harus dikekalkan sungguhpun terdapat pihak yang berpendapat bahawa tidak perlu meneruskan stesen itu.

"Ada pihak di luar yang hantar pesanan kepada saya, yang menyatakan bahawa kemungkinan tidak perlu untuk kita teruskan dengan RTM dan saya tegaskan ‘No way! RTM is an institution’.