Saluran sukan HD percuma menerusi RTM - Gobind Deo

  • 5 years ago
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedang berusaha untuk mewujudkan saluran sukan percuma untuk rakyat dalam siaran berdefinisi tinggi (HD).

Menterinya Gobind Singh Deo berkata usaha itu merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu menjana dan membangun industri sukan di samping mewujudkan perpaduan dan meningkatkan semangat patriotik.

Selain itu, katanya siaran sukan berprestij juga akan disiarkan di mana RTM telah mendapatkan hak siaran seperti pertandingan Asian Basketball League (ABL), Cub Prix, Kejohanan All England, Malaysia Axiata Open dan BWF World Championship serta Copa America.