'Layak jadi menteri ni', MP BN 'menganjing' MP Kapar
  • 5 years ago
Dewan rakyat sedikit kecoh dengan sindiran Anggota Parlimen BN kepada Anggota Parlimen Kapar yang dianggap menjawab soalan bagi pihak menteri.

Ia bermua apabila ketua pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub bertanya kepada timbalan menteri sumber manusia Datuk Mahfuz Omar mengenai janji manifesto Pakatan Harapan (PH) berhubung 1 juta peluang pekerjaan.

Kemudian Anggota parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani bangun untuk mencelah yang kemudiannya menjelaskan bahawa janji manifesto 1 juta peluang pekerjaan oleh PH ialah untuk persiapan masa depan generasi masa hadapan.

Apabila ditegur oleh Anggota Parlimen BN beliau menjawab bagi pihak menteri, Abdullah menjelaskan ia wajib diperjelaskan kerana persepsi orang ramai PH khianat manifesto.