Dr M mungkin ada harapan yang tinggi, kata Teresa
  • 5 years ago
Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kecewa dengan dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan Harapan (PH) mungkin kerana beliau mempunyai harapan yang tinggi terhadap mereka.

Justeru Teresa memberi jaminan anggota kerajaan akan berusaha lebih bersungguh-sungguh untuk menunaikan segala janji dan menunaikan segala dasar yang telah ditetapkan.

Semalam Mahathir yang membalas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang menzahirkan rasa kecewa dengan prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan berkata, biarlah orang hendak kecewa kerana beliau juga merasai situasi yang sama.

“Takpalah banyak orang kecewa, saya pun kecewa dengan diorang (mereka),” kata Dr Mahathir yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini selepas majlis amanat khas perdana menteri kepada penjawat awam Kedah di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan akhbar Singapura, The Straits Times, meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan PH yang didakwa gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi seperti sepatutnya.
Recommended