PM pertimbang beli jet dari China jika EU tetap mahu haram sawit

  • 5 years ago
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mungkin terpaksa membeli jet pejuang dari China jika Kesatuan Eropah (EU) tetap mahu mengharamkan bahan bakar bio sawit.

"Jika mereka (EU) tetap mahu ambil tindakan terhadap kita, cuba memiskinkan kita, kita akan terpaksa menimbang untuk membeli kapal terbang daripada China atau mana-mana negara lain.

"Kita tidak perlu kapal terbang yang terlalu sofistikated, kita cuma perlu (kapal terbang) Cessna," katanya ketika sidang media di Pulau Carey, Selangor hari ini.