'Jika mahu kerajaan yang stabil, kestabilan itu bermula di Sabah' - Zahid
  • 4 years ago
Kemenangan kerajaan Perikatan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang akan dipengaruhi oleh kemenangan gabungan itu di pilihan raya negeri Sabah kali ini, kata Pengerusi Barisan Nasional, Ahmad Zahid Hamidi.

"Kalau mahu kerajaan di seluruh negara stabil, kestabilan itu bermula dari Sabah," katanya ketika berucap di majlis pertemuan jentera BN di Tanjung Batu, Kalabakan malam tadi.

Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini sering dilihat tidak begitu stabil dan kemampuannya bertahan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang menjadi tanda tanya berikutan hanya mempunyai majoriti tipis di parlimen.
Recommended