Warga emas rugi RM400 diragut

  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 23 Mac - Seorang wanita warga emas mengalami kerugian sebanyak RM400 selepas diragut dalam kejadian di Jalan Berjaya 9, Taman Berjaya, Sungai Chua, Kajang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian jari selepas terjatuh akibat diragut daripada belakang.