Warga Indonesia curi rantai emas di Terengganu

  • 5 tahun lalu
HULU TERENGGGANU 9 April - Polis sedang memburu dua wanita dipercaya warga Indonesia kerana disyaki melarikan seutas rantai dianggarkan bernilai RM7,350 daripada sebuah kedai emas di Kuala Berang di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata, kejadian pada pukul 2.37 petang itu disedari pengadu yang merupakan pemilik kedai tersebut keesokan harinya selepas dia membuat pemeriksaan barang kemas di premisnya kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, pengadu mendapati seutas rantai seberat 42.28 gram hilang dan selepas membuat semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya petang semalam, terdapat imej dua wanita bertudung masuk ke premisnya.

Berita lanjut di: http://bit.ly/2Vv4Fvm