'Angkat Anwar jadi PM secepat mungkin'
  • 5 years ago
Pakatan Harapan perlu bertindak segera untuk memperbetulkan kesilapan yang telah mengundang rasa ketidakpuasan hati rakyat berikutan kekalahan sebanyak dua kali berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil baru-baru ini.Dalam satu kenyataan, ADUN Batu Uban Kumaresan Aramugam berkata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai perdana menteri ke-8 secepat mungkin untuk menentukan hala tuku masa depan Pakatan Harapan.Katanya lagi, proses rombakan kabinet perlu dilaksanakan kerana didapati terdapat juga beberapa jemaah menteri tidak memainkan peranan selaras dengan portfolio diberikan.Beliau berpendapat kekalahan Pakatan Harapan di dua pilihan raya kecil bukan kerana rakyat beralih kepada BN tetapi untuk memberi mesej tersirat kepada Pakatan Harapan bahawa hukuman tersebut adalah kerana kegagalan mengotakan janji.Sekiranya Pakatan Harapan lewat bertindak, katanya, kemungkinan besar gabungan itu akan menerima impak yang besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.