Tiada laporan 'isu panas' setakat ini - OCPD Kajang

  • 5 years ago
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata setakat ini proses pengundian pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih berjalan lancar dan terkawal.Tambah Dzaffir lagi, tiada laporan polis kejadian yang tidak diingini berlaku setakat pukul 8 pagi tadi.Hari ini pengundi berdaftar di kawasan Semenyih mula memilih wakil rakyat baru untuk membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri Selangor.Mengikuy senarai SPR, ada 54,503 pemilih berdaftar bagi kawasan DUN Semenyih. Daripada jumlah itu kira-kira 68 peratus ialah pengundi Melayu, 16.7 peratus Cina dan 13.8 peratus India.Selain calon PH Muhammad Aiman Zainali dan Zakaria Hanafi dari BN, PRK kali ini turut disertai calon Parti Sosialis Malaysia Nik Aziz Afiq Abdul, dan calon bebas, Kuan Chee Heng.