Anwar ungkit 'janji' tak dilunas Utusan

  • 5 years ago
Sejarah Utusan Malaysia dan Anwar Ibrahim memang berwarna-warni.Pernah mendukung Anwar semasa menjadi timbalan perdana menteri suatu ketika dulu, akhbar yang pernah menjadi milik Umno itu menjadi antara media paling ke depan mengkritik beliau selepas menjadi pembangkang.Sejumlah saman juga difailkan Anwar terhadap Utusan dan pada banyak ketika syarikat akhbar tersebut terpaksa membayar ganti rugi apabila diselesaikan melalui mahkamah.Tiba-tiba selepas sekian lama Anwar menjejakkan kaki semula ke pejabat akhbar berkenaan hari ini. Tujuannya ialah menghadiri majlis anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.Ia agak janggal namun semuanya berjalan dengan lancar dan mesra petang ini.Cuma rupa-rupanya di sebalik apa yang berlaku, ada 'hutang' yang belum dilunaskan oleh syarikat Utusan. Ia didedahkan Anwar semasa menyampaikan ucapannya tadi.Kata Anwar - semasa itu masih ditahan di Penjara Sungai Buloh - apabila Utusan memohon maaf atas laporan mereka terhadap beliau dan kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah beliau ada membuat permintaan.

Recommended