Jangan lupa janji manifesto kerana desakan semasa - Anwar

  • 5 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak boleh melupakan janji-janji manifesto pilihan rayanya akibat 'desakan semasa'.

Berucap dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2019 pada Ahad, Anwar berkata PH harus mengakui gabungan itu belum dapat menyampaikan maklumat secara jelas kepada rakyat dan memberi jaminan bahawa semua janji itu akan dipenuhi.

PH sebelum ini mengatakan gabungan itu tidak dapat memenuhi kesemua janji manifestonya kerana menanggung beban hutang lebih RM1 trilion yang diwarisi daripada kerajaan BN.

Lim, dalam ucapan dasarnya yang akan dibahaskan perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam petang semalam, turut menegaskan PH harus memenuhi janji berkenaan.

Ia katanya bagi meyakinkan rakyat bahawa PH merupakan sebuah kerajaan yang lebih baik daripada Barisan Nasional.

Anwar juga menggesa para pemimpin PH agar terus menunjukkan komitmennya kepada rakyat.