'Jangan ketinggalan bincang ganja perubatan kerana dianggap sensitif'

  • 3 years ago
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti secara telus berpandukan sains mengenai industri hemp dan ganja perubatan.

Sambil membandingkan 40 negara lain termasuk Thailand, Presiden Muda itu berkata dia tidak mahu melihat Malaysia ketinggalan dalam membincangkan isu kajian penggunaan ganja sebagai rawatan alternatif hanya kerana ia dianggap isu sensitif.