Tiada petunjuk baru kes anak Indira, bekas suaminya

  • 5 years ago
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa polis tidak mempunyai petunjuk baru mengenai keberadaan anak bungsu Indira Gandhi, Prasana Diksa mahupun tentang bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah.Justeru, Fuzi sekali lagi merayu kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat.Beliau berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis peringatan ulang tahun Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke-63 di Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.Sabtu lalu, wanita itu bersama dengan Kumpulan Indira Gandhi Action Tema (Ingat) menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberi maklumat mengenaikan Riduan.Indira juga berkata bahawa dia akan memfailkan perintah mandamus terhadap Fuzi untuk memaksa ketua polis negara itu untuk menangkap bekas suaminya.Hari ini, Fuzi berkata bahawa rayuan terdahulunya untuk mendapatkan maklumat tentang Ridhuan dan Prasana tidak membuahkan sebarang hasil, tetapi menambah bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (CID) akan terus mencari petunjuk baru.Hampir 10 tahun berlalu sejak Ridhuan membawa lari Prasana setelah menukar agama tiga anaknya kepada Islam tanpa persetujuan isterinya, ketika pada tahun 2009.Riduan dan Indira kemudian terus menggunakan saluran undang-undang termasuk melibatkan kedua-dua mahkamah syariah dan sivil dalam rebutan itu.Pada tahun 2014, Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Riduan, tetapi hingga hari ini polis masih belum menemuinya.Tahun lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengisytiharkan penukaran agama secara satu pihak adalah menyalahi undang-undang.