Guatemala lantik pesiden baru, tahan bekas penyandang

  • 9 years ago
Kongres Guatemala melantik presiden baru manakala bekas penyandang jawatan itu, Otto Perez ditahan bagi mengelakkan beliau melarikan diri daripada tuduhan rasuah yang sudah lama membelenggu negara di rantau Amerika Tengah itu.

Perez sebelum itu terpaksa menghabiskan berjam-jam dalam prosiding di Mahkamah Agung Guatemala, berhubung tuduhan rasuah terhadapnya, tidak lama selepas beliau mengumumkan meletak jawatan.

Naib Presiden, Alejandro Maldonado, 79, yang hanya menjawat jawatan itu pada Mei lalu, dilantik sebagai presiden untuk meneruskan penggal jawatan Perez hingga 14 Januari depan, apabila presiden baru akan dipilih menerusi pilihan raya hujung minggu ini.