'Apa benda ni macam budak kecil...ini mengarut!'

  • 5 years ago
Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdulah mempersoalkan tindakan pasukan pendakwaan yang merahsiakan senarai saksi yang akan dikemukakan pada pendengaran bagi tujuh pendakwaan berkaitan SRC International Sdn Bhd, yang dijadual bermula esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuduhan di mahkamah terhadap Najib yang merupakan perdana menteri keenam dari April 2009 hingga Mei 2018, menarik perhatian seluruh dunia setelah kesnya digambarkan sebagai "skandal kleptokrasi paling buruk" dan tuduhan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mendapat perhatian hangat dari masyarakat umum dan antarabangsa, menyebabkan pelbagai spekulasi dan ada yang terpaku oleh kes itu.

Sehingga Jumaat, Najib telah didakwa di mahkamah sebanyak enam kali dengan 42 pertuduhan jenayah.

Najib, yang juga bekas presiden Umno, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.