Video Azwanddin ditahan di Keramat Mall

  • 5 years ago
Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah ditahan polis pada 2.40 petang di Kompleks Keramat Mall berhubung siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut untuk menyerang balai polis.

Dalam satu kenyataan polis, Azwanddin juga turut disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat penghinaan ke atas individu.

Azwanddin dijangka akan direman di Mahkamah Klang pada 9 pagi esok.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 2,000 orang itu, dia antaranya mengugut menyerang balai polis jika pihak menyebabkan rusuhan berhampiran kuil Hindu di Subang Jaya tidak ditangkap.

Dalam perhimpunan sama, Azwanddin juga menggelar menteri perpaduan P Waythamoorthy sebagai “paria” dan mengaitkan Menteri Industri Utama Teresa Kok dengan kontroversi rumah ibadat lama itu.

Teresa selepas itu mengumumkan akan menyaman Azwanddin.