Aksi tandukan 'keramat' Thanabalan buat Indonesia tergamam

  • 7 years ago
Sentuhan penyerang negara, N Thanabalan pada penghujung masa perlawanan‎ melayakkan skuad bola sepak Malaysia ke pentas akhir selepas menewaskan Indonesia 1-0, sebentar tadi.

Ia sekali gus meletakkan skuad muda Malaysia itu menjadi pencabar kepada Thailand yang lebih awal mengesahkan tempat ke pentas akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0, petang tadi.

Suasana di Stadium Shah Alam itu memberi debaran tersendiri apabila kedua-dua pasukan mempamerkan saingan sengit.

Namun, minit ke-87 menjadi pemisah selepas anak buah Datuk Ong Kim Swee berjaya meledak gol tunggal paling bermakna untuk Malaysia.

Aksi separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing dengan baik dan seimbang secara keseluruhan.

Walaupun tuan rumah agak menonjol dalam menguasaan bola dan serangan, Indonesia tetap tampil melawan dengan pertahanan kental dan serangan balas pantas mencemaskan pertahanan Malaysia.

Beberapa percubaan di awal permainan ‎berjaya dicipta Adib Zainuddin dan rakan-rakan, bagaimanapun gagal mencipta penyudah sempurna.