Projek janakuasa geothermal pertama terbiar, hanya ditumbuhi rumpai

  • 6 years ago
Projek loji janakuasa geothermal pertama negara di Sabah yang sepatutnya beroperasi pada 31 Dis tahun lepas, kini terbengkalai dan hanya ditumbuhi rumpai liar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata berdasarkan lawatan ke tapak projek yang mula dilaksanakan pada 2 Julai 2015 itu, kerajaan mendapati tiada sebarang kemajuan projek ditunjukkan.

“Sebagai contoh, operasi penggerudian telah diberhentikan sejak suku ketiga 2016 dan ‘slim hole’ telah ditutup…semua kabin dan kelengkapan penggerudian tidak lagi berada di atas tapak, tiada lagi kakitangan ditempatkan di tapak projek dan rumpai panjang sudah tumbuh meliar,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Recommended