973 laporan judi haram sehingga 31 Okt 2018

  • 6 years ago
Sebanyak 973 laporan berkaitan judi haram telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 31 Okt lepas melalui bilik gerakan khas yang ditubuhkan pada Julai 2018.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman, sebanyak 456 aduan daripada jumlah keseluruhan merupakan laporan sahih manakala 264 aduan palsu serta 253 aduan lagi memerlukan perisikan lanjut.

“Hasil tindakan bilik gerakan khas itu menunjukkan impak positif serta tren penurunan kerana ramai yang tidak berani melakukan aktiviti haram itu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.