Larangan judi akan wujudkan lebih banyak premis judi haram - Menteri

  • 2 years ago
Menteri Sumber Manusia M Saravanan secara peribadi berpendapat, penutupan premis-premis judi bukan sahaja akan menyebabkan kehilangan pekerjaan, malah akan mewujudkan lebih banyak premis judi haram .

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan RSN Rayer (PH - Jelutong) yang membangkitkan soalan mengenai kehilangan pekerjaan selepas pengumuman larangan kedai judi.