Tiada penghapusan tol sehingga kewangan negara pulih - Menteri

  • 6 years ago
Menteri Kerja Raya Baru Bian menegaskan dasar kerajaan setakat ini mengenai tol sangat jelas iaitu tiada penghapusan tol sehingga kewangan negara dapat dipulihkan.

Beliau menjawab soalan dari Ahli Parlimen Pasir PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang bertanya mengenai status penghapusan tol seperti janji kerajaan Paktan Harapan dalam manifesto mereka.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di Bali berkata pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Mahathir juga mengakui bahawa beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto HARAPAN. Malah, katanya, pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Sebulan sebelum pilihan raya umum 9 Mei, Mahathir, yang juga adalah pengerusi HARAPAN, dilaporkan berkata bahawa jika gabungan pembangkang membentuk kerajaan, mereka akan menamatkan kutipan tol di seluruh negara secara berperingkat.