Speaker beri amaran, MP jangan guna kata kesat

  • 6 years ago
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof memberi amaran kepada semua Anggota Parlimen supaya menjaga tingkah laku dan tidak menggunakan kata-kata kesat serta berbaur lucah di dalam Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata tindakan keras boleh diambil di bawah Peraturan Mesyuarat 44 (2), termasuk mengarahkan mereka keluar dari dewan untuk satu tempoh tertentu.

Beliau merujuk kepada perkataan berbaur lucah yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam insiden pertikaman lidah antara Anggota Parlimen Kinabatangan itu dengan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) dan Su Keong Siong (PH-Kampar), pada Selasa (7 Ogos).