Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 bersejarah - Gobind
  • 6 years ago
Sambutan Hari Kebangsaan 2018 adalah penuh bersejarah kerana pertama kali diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Bertemakan 'Sayangi Malaysiaku', Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, katanya.