Ini kes curi, patut polis siasat bukannya SPRM! - tanya Gobind
  • 3 years ago
Pembangkang mempersoalkan kewajaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawainya yang ditahan atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Gobind Singh Deo (PH-Puchong) menyifatkan siasatan sendiri oleh agensi itu boleh mengundang pelbagai spekulasi umum mengenai kesungguhan SPRM melawan rasuah.

Gobind merujuk kenyataan SPRM hari ini yang mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.