Malaysia sasar 111 emas - KJ

  • 6 tahun lalu
PUTRAJAYA 10 Ogos - Malaysia menetapkan sasaran 111 pingat emas dalam misi muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia di sini, hari ini.