Azlan Typewriter kukuh sebagai penyanyi, pengkarya

  • 6 tahun lalu
Bermula dengan kumpulan Meet Uncle Hussein, anak jati Hulu Langat yang kini berusia 35 tahun dan bapa kepada tiga orang anak ini terus melangkah sebagai penyanyi dan sekali gus pengkarya seni tanah air.

Keluar dari kumpulan asal dan menubuhkan satu kumpulan baharu nama Azlan Typewriter terus mendapat ruang dalam hati peminat hiburan dalam dan luar negara.

Melangkah satu demi satu anak tangga, Azlan dalam sedar atau tidak, mampu mengukuhkan kedudukannya sebagai anak seni.

Pengaruh Azlan terus relevan dan buktinya nanti pasti dapat dilihat apabila beliau turut sama menggemparkan Stadium Malawati di Shah Alam, Selangor pada 5 Ogos nanti menerusi Konsert Nova.

Selain Azlan, dua nama besar dari Indonesia iaitu Judika dan Chakra Khan juga akan tampil dalam konsert yang dipimpin oleh Aubrey Suwito bersama orkestranya. - UTUSAN ONLINE