Ketelusan Dayang Nurfaizah kunci pengukuhan sebagai penyanyi
  • 6 tahun lalu
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

WARTAWAN: HASNURUL MOHAMED
JURUVIDEO: KAMARUL KAMARUDDIN, MOHD. FIKRI & MOHD. AMIN ZULQARNAEN (PRAKTIKAL)
TARIKH: 12 JULAI 2017

Dalam diam tak diam, 18 tahun Dayang Nurfaizah mengharung onak dan duri untuk kekal sebagai penyanyi wanita tanah air.

Selama tempoh 18 tahun itu, Dayang yang memiliki suara gemersik mengukuhkan kedudukannya sebagai artis yang tidak banyak songeh, bebas daripada palitan gosip liar biarpun statusnya masih single.

Dalam meniti kerjaya sebagai penyanyi, semestinya ada pasang surut. Namun ketelusan Dayang dilihat sebagai kunci kepada anak kelahiran Sarawak ini untuk terus mengukuhkan tapak dan kedudukannya sebagai salah seorang penyanyi wanita popular tanah air.

Pada 5 Ogos ini, Dayang akan tampil bersama-sama beberapa artis lain bagi menjayakan Konsert Nova di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Konsert gabungan artis dua negara, Malaysia dan Indonesia menampilkan Azlan Typewriter, Faizal Tahil, Judika dan Cakra Khan. Turut sama, Syahrini dan pemain biola, Mia Ismi. - UTUSAN ONLINE