Guba mahu kukuh sebagai artis

  • 6 tahun lalu
Oleh HASNURUL MOHAMED

KUALA LUMPUR - Guba atau pemilik nama sebenar, Gabriel Robert Rawantas merupakan penyanyi lelaki solo yang mahu meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi-penyanyi lelaki sedia ada.

Biarpun album sulung beliau menampilkan Yuna sebagai artis undangan menerusi lagu berjudul You're So Fine, beliau tidak menafikan menumpang populariti penyanyi wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, anak kelahiran Sabah ini berkata, soal menumpang populariti artis lain bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan.

Sebaliknya, kesudian Yuna untuk tampil dalam album sulungnya adalah kerana penyanyi wanita itu sukakan lagu You're So Fine, ciptaan sepenuhnya oleh Guba sendiri.

"Sebagai artis, saya perlu mencari peluang untuk dikenali peminat kerana muzik alternatif folk yang saya perkenalkan ini bukan hanya untuk peminat under ground.

"Muzik saya boleh diketengahkan kepada muzik arus perdana," katanya penuh keyakinan.

Berbual dengan Guba cukup menarik kerana anak muda ini berwawasan. Ikuti temubual Jom Chat dengan Guba. - UTUSAN ONLINE