Anak tiri Najib hadir lagi ke SPRM
  • 6 years ago
Anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu Riza Aziz hadir buat kali kedua di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Riza yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat filem yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah berkenaan untuk diambil keterangan.

Riza hadir pada 3.05 petang.