Anak tiri Najib muncul di SPRM

  • 6 years ago
Anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Riza Aziz hadir ke Suruhanjaya Pencegaham Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza hadir pada 13.32 petang tadi ditemai peguamnya.

Riza dipanggil bagi membantu siasatan mengenai skandal 1MDB selepas ratusan juta wang syarikat berkenaan dipercayai digunakan untuk menghasilkan filem di Hollywood.