Najib hadir prosiding kes SRC kali ke-2
  • 5 years ago
Hari kedua perbicaraan Najib Razak membabitkan tuduhan salah guna kuasa dana SRC International Sdn Bhd bermula lagi pagi ini.

Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menaiki kereta Perdana berwarna hitam.

Beliau kelihatan ceria dan tersenyum serta sempat mengucapkan selamat pagi kepada pemberita ketika berjalan masuk ke bangunan mahkamah.

Bekas perdana menteri itu berdepan tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa melibatkan dana berjumlah RM42 juta yang dikaitkan dengan bekas anak syarikat 1MDB itu.

Najib dibicarakan di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali. Peguam bela Najib dijangka akan membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pertama, seorang pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).