Menteri gesa Naib Canselor IPTA tidak halang anjur debat, forum
  • 6 years ago
Semua institut pengajian tinggi awam (IPTA) kini bebas menganjurkan program ilmiah seperti debat, forum dan wacana intelek seperti amalan di universiti terkemuka dunia yang lain, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata arahan tersebut berkuat kuasa serta merta dan semua pentadbir IPTA diminta menyahut seruan tersebut atas semangat menjadikan universiti sebagai medan percambahan ilmu.

"Saya minta Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar mematuhi arahan ini dan memastikan tiada lagi sebarang halangan kepada program seumpama itu selepas ini.

"Perkara ini perlu diselaraskan oleh semua universiti, di mana pemantauan terhadap pematuhannya akan dibuat kementerian," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Kementerian Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 11 (1) di Putrajaya ,hari ini.