Timbalan Speaker tidak menghormati al-Quran tidak benar - Ketua Menteri Melaka
  • 4 years ago
Ketua Menteri, Adly Zahari mengingatkan semua pihak tidak memperalatkan isu Al-Quran dengan kononnya menuduh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Dr. Wong Fort Pin menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron membaca ayat suci itu pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal kedua DUN Ke-14 semalam.

Hakikatnya, jelas Adly, Fort Pin telah pun memberi lebih masa tambahan iaitu selama 13 minit berbanding masa asal hanya 10 minit kepada Idris semasa sesi pembentangan usul itu.

Beliau melihat Idris sengaja mencetuskan kekecohan dengan menjadikan Al-Quran sebagai isu sedangkan isu utamanya adalah kegagalan ADUN Sungai Udang itu sendiri yang tidak mematuhi masa yang ditetapkan.

“Saya rasa kenyataan bahawa Timbalan Speaker tidak menghormati al-Quran tidak benar bahawa tuntutan utama kita adalah masa. Kita harus menghormati masa kerana tuntutan menghormati masa adalah tuntutan al-Quran.

Sesi perbahasan Belanjawan Melaka 2020 hari ini kecoh seketika berhubung isu bacaan petikan ayat al-Quran.

Suasana ‘panas’ berlaku selepas Timbalan Speaker, Datuk Dr Wong Fort Pin tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) menghabiskan ucapannya.

Pada penutup ucapannya, Idris berhasrat untuk memetik ayat dari surah Yunus ayat 14, namun tidak dibenarkan Fort Pin kerana masa 10 minit yang diberikan kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu tamat.