Wartawan rakam tentera Israel tembak rakyat Palestin, 60 maut
  • 6 years ago
Lebih 60 rakyat Palestin maut ditembak tentera Israel ketika melakukan bantahan di Sempadan Gaza-Israel Isnin lalu, berikutan perpindahan kedutaan baharu Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, selain mangsa yang maut ditembak, hampir 3,000 yang lain cedera terkena tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata oleh tentera rejim.

Ribuan penduduk Palestin berkumpul berhampiran sempadan, sementara segelintir daripadanya melemparkan batu ketika mendekati pagar dan cuba merosakkannya, manakala penembak tepat Israel berada di seberang sempadan.